Utas Travel & Tours telah didaftarkan pada 29 Mei 1985 sebagai syarikat pelancongan yang mengendalikan tempahan tiket dan pelancongan di dalam dan luar negara.

Nama UTAS dipilih kerana ia unik yang boleh membawa maksud Urusan Tanah Suci, ia juga menggambarkan ‘rantaian’ dimana menjadi harapan syarikat ini untuk membuka rantaian cawangan di seluruh Negara. Selain itu, sekiranya ia dieja terbalik ia bertukar menjadi ‘SATU’ yang bermaksud impian syarikat ini untuk menjadi yang terbaik atau syarikat pelancongan nombor 1 di Negara ini. Dalam bahasa Inggerisnya pula ia diistilahkan sebagai ‘United Travel And Services’.