Pakej Haji 2011M/1432H  
 

 

   
MUSIM HAJI 1432H
Insya-Allah, bagi musim haji 1432H pihak Utas Travel & Tours Sdn Bhd dibawah pengawasan dan penyelarasan Lembaga Tabung Haji menawarkan perkhidmatan haji secara menyeluruh kepada bakal-bakal haji.
 

JENIS PAKEJ

PAKEJ
NAMA BANGUNAN DAN JARAK BANGUNAN KE PERKARANGAN MASJID
MAKKAH
MADINAH
KOD
HARGA (RM)
DIYAR AR RIYAD
atau setaraf / (180m - 200m)
HOTEL SAFEER AL SAHA
atau setaraf (dari 80 meter)
UTT 6/7
RM 11,390
6 -7 org sebilik (bilik air dalam/luar/khas)
4 org sebilik (bilik air dalam/luar/khas)
UTT 5
RM 11,890
5 org sebilik (bilik air dalam/luar/khas)
4 org sebilik (bilik air dalam/luar/khas)
UTT 4**
RM 12,390
4 org sebilik (bilik air dalam/luar/khas)
4 org sebilik (bilik air dalam/luar/khas)
UTT 3**
RM 12,990
3 org sebilik (bilik air dalam/luar/khas)
3 org sebilik (bilik air dalam/luar/khas)
UTT 2**
RM 17,190
2 org sebilik (bilik air dalam/luar/khas)
2 org sebilik (bilik air dalam/luar/khas)
Pakej bertanda ** tempat adalah terhad
Harga setiap pakej haji di atas adalah TIDAK TERMASUK Bayaran Haji jemaah haji PJH 1432H sebanyak RM7,369 yang akan didebit oleh Tabung Haji (TH) daripada akaun Jemaah haji di TH.

 
 PERKHIDMATAN TAMBAHAN DAN KEISTIMEWAAN LAIN YANG KAMI TAWARKAN
(Selain yang disediakan oleh TH dan Muassasah)
  1. PENGANGKUTAN DALAM NEGERI - Disediakan atas permintaan dan dikenakan bayaran tambahan.
  2. SAJIAN MAKANAN - Masakan Melayu (Buffet 3 kali sehari). Minuman panas dan sejuk disediakan 24 jam.
  3. PEMBIMBING - Mutawif dan Guru Agama (bimbingan berterusan oleh Guru Agama yang berpengalaman dan bertauliah)
  4. KURSUS HAJI - Kursus Intensif Haji di Tanah Air sebelum berangkat ke Tanah Suci.
  5. UMRAH - 7 kali percuma – 5 di Tana’im, 1 di Ja’aranah dan 1 di Hudaibiyah.
  6. CENDERAHATI - Beg Sandang, Beg Pakaian Besar Beroda, Beg Selendang, 4 buah buku jilid 1,2,3 Sejarah Peristiwa Kota Makkah, Kota Madinah, Mina-Arafah sebagai satu pengisian merenung sejarah silam sepanjang berada di Tanah Suci dan Risalah Panduan Haji Utas yang mudah difahami oleh golongan tua dan muda. CD Ceramah Haji & Umrah dan CD Doa-Doa di Tanah Haram Mekah (1 set bagi setiap keluarga)
  7. ZIARAH - Ziarah sekitar Kota Madinah & Kota Makkah. Melawat ke tempat pembuatan Kelambu Kaabah – tempat Percetakan Al Quran (lawatan ini tertakluk kepada kebenaran pihak berkuasa Arab Saudi)
  8. SKIM INSURAN - Disediakan atas permintaan Jemaah dan dikenakan bayaran tambahan.
  9. PETUGAS - Berpengalaman dalam mengendali pengurusan Haji dari Malaysia dan tempatan.
  10. ARAFAH & MINA - Khemah, makanan/minuman dan kenderaan disediakan oleh pihak Muassasah Asia Tenggara.
  11. HANTARAN BAGASI - Menyediakan kemudahan Perkhidmatan Penghantaran Barang dari Makkah dan Madinah ke Malaysia mengikut kadar yang ditetapkan oleh syarikat penghantaran segera (courier service).
  12. KELEBIHAN / KEISTIMEWAAN - Penginapan Utas dekat dengan Masjidil Haram sesuai untuk semua jemaah terutama yang sudah berumur, jalan mendatar dan terlindung dari panas waktu Zohor dan Asar ke dataran masjid.
  13. LAIN-LAIN - Tempoh berada di Tanah Suci dari 40 – 45 hari. Perubahan tarikh balik (awal) diuruskan atas permintaan dengan dikenakan bayaran tambahan seperti bayaran hotel, pengangkutan dan makanan mengikut caj semasa.
    Bantuan perkhidmatan bagi mereka yang ingin melaksanakan Badal Haji dengan bayaran upah tambahan.
    Bantuan perkhidmatan jemaah yang kurang upaya memerlukan kerusi roda untuk Tawaf / Saie dengan bayaran tambahan. Jemaah yang tua, uzur dan sakit akan diberikan bantuan penghantaran ke klinik / hospital.
 
PENGENALAN
 
UTAS TRAVEL & TOURS adalah sebuah syarikat yang diluluskan oleh Lembaga Tabung Haji bagi mengendalikan perkhidmatan haji secara swasta sejak musim 1404H / 1983M.

Pengarah urusan – Datuk Ustaz Hj Mohamad Din Yusoh mempunyai pengalaman mengendalikan dan memimpin jemaah lebih 28 tahun. Alhamdulillah dari tahun ke tahun syarikat Utas telah menunjukkan prestasi yang baik dan berkemampuan untuk musim haji yang akan datang.

  
PENDAFTARAN MUSIM HAJI 1432H

  1. Perkhidmatan ini hanya bagi mereka yang telah mendaftar nama dengan Lembaga Tabung Haji dan layak untuk menunaikan haji bagi Musim Haji 1432H.
  2. Mengisi Borang Pendaftaran Haji dan Borang Pengesahan PJH-UTAS-1432H yang disediakan dan menghantar terus ke pejabat berdaftar syarikat atau cawangan serta wakil-wakil kami.
  3. Membuat bayaran pendahuluan RM 500.00 bagi kesemua pilihan perkhidmatan.
  4. Menyediakan 4 keping gambar berukuran kad pengenalan termasuk yang dilekatkan pada borang pendaftaran.
  5. Tarikh tutup pendaftaran dan bayaran penuh adalah sebelum 15 Julai 2011.

 
PEMBAYARAN

  • Untuk keselamatan kedua belah pihak, adalah dimaklumkan bahawa Ibupejabat Utas, Cawangan dan Wakil-wakilnya tidak menerima bayaran secara TUNAI untuk pakej Haji. Oleh itu semua bayaran pendahuluan sebanyak RM 500 semasa pendaftaran dan baki bayaran penuh pakej (setelah surat arahan bayar dikeluarkan oleh Utas) hendaklah dibuat secara ONLINE atau BANK DERAF atas nama UTAS TRAVEL & TOURS WORLDWIDE HOLIDAYS SDN BHD ke dalam akaun MAYBANK BERHAD – No Akaun : 504049411542 dan tuliskan nama tuan/puan dalam slip bank diruangan “Keterangan Urusniaga” seperti contoh. (Untuk mendapatkan RESIT RASMI bayaran, jemaah boleh menghantar SLIP BANK yang ORIGINAL ke pejabat dimana pendaftaran dibuat samada melalui pos, fax dan pos atau datang sendiri ke pejabat)
  • Mereka yang membawa barangan lebih dari yang ditetapkan akan dikenakan bayaran tambahan oleh pihak penerbangan, (1kg–SR 30). Untuk mengelakkan berat timbangan berlebihan jemaah adalah digalakkan menggunakan beg pakaian yang telah diberikan oleh Utas.
     

PENGINAPAN

MAKKAH - DIYAR AR RIYAD (atau setaraf)
Berhawa dingin dan mempunyai lif. Jarak penginapan dari 180 meter ke Masjidil Haram.
 
MADINAHHOTEL SAFEER AL SAHA (atau yang setaraf)
Berhawa dingin dan mempunyai lif. Jarak penginapan dari 80 meter ke Masjid Nabawi.
 
ARAFAH – Khemah dikendalikan oleh pihak Muassasah.
 
MINA – Khemah disediakan oleh pihak Muassasah. 


  
PEMBATALAN
Saya setuju sekiranya saya membatalkan pemergian saya tanpa sebab-sebab yang munasabah setelah segala urusan pengangkutan, penerbangan serta penginapan saya selesai di buat, Utas akan mengenakan tuntutan gantirugi keatas saya mengikut kadar pengiraan yang ditetapkan oleh syarikat pengangkutan, penerbangan dan penginapan.

Di Tanah Suci :
Bakal-bakal haji yang membatalkan perkhidmatan atau ingin pergi ke Madinah atau hendak balik ke Malaysia terlebih awal adalah dianggap terkeluar dari perkhidmatan haji ini. Dengan ini segala perbelanjaan seperti berikut adalah tanggungan sendiri oleh bakal jemaah haji :

  • Tempat tinggal di Madinah / Mekah
  • Kenderaan ke Madinah / Mekah dan Jeddah.
  • Makanan dan minuman.
  • Sebarang tuntutan yang berkaitan dengan pembatalan.
        

PERKHIDMATAN
 
Disediakan Oleh Lembaga Tabung Haji

  • Tambang kapal terbang catar pergi dan balik serta cukai. (Tidak termasuk penerbangan dalam negeri)
  • Khemah dan makan minum di Arafah dan Mina.
  • Bayaran perkhidmatan kepada pihak-pihak berkuasa Arab Saudi.
  • Kenderaan dari Jed/Med/Mek/Arafah/Mudzdalifah/Mina/Mek/Jed.
  • Perkhidmatan dan barangan seperti kursus, pemeriksaan kesihatan, gelang pengenalan diri, buku panduan dan air Zam-zam 5 liter.
  • Perkhidmatan perubatan, pengeluaran tunai dan kebajikan semasa di sana.

Disediakan Oleh Syarikat UTAS

  • Tempat penginapan berhawa dingin di Tanah Suci
  • Penyediaan makanan dan minuman secara buffet setibanya di Madinah dan selama berada di Mekah.
  • Kursus dan ceramah haji di Malaysia dan di Tanah Suci.
  • Ziarah ketempat-tempat yang bersejarah di Madinah dan Mekah
  • Barang-barang hadiah jemaah haji :
    • Beg Besar Pakaian Beroda & Beg Selendang
    • Percuma 4 buah buku (Jilid 1,2 &3) Sejarah & Peristiwa Kota Makkah, Kota Madinah dan Arafah-Mina sebagai satu pengisian merenung sejarah silam sepanjang berada di Tanah Suci dan Risalah Panduan Haji Utas yang mudah difahami oleh golongan tua dan muda.
    • Percuma VCD Haji & Umrah dan VCD Kelebihan Doa di Tanah Suci Mekah dan Madinah (1 set bagi setiap keluarga

PERKHIDMATAN DAN KEISTIMEWAAN LAIN YANG DITAWARKAN:

  1. Menyediakan kemudahan Perkhidmatan Penghantaran Barang dari Makkah dan Madinah ke Malaysia mengikut kadar yang ditetapkan oleh syarikat penghantaran.
  2. Bantuan perkhidmatan jemaah yang kurang upaya memerlukan kerusi roda untuk Tawaf / Saie dengan bayaran tambahan.
  3. Jemaah yang tua, uzur dan sakit akan diberikan bantuan penghantaran ke klinik / hospital.
  4. Bantuan perkhidmatan bagi mereka yang ingin mengerjakan Badal Haji.
  5. Tempoh berada di Tanah Suci dari 40 – 45 hari. Perubahan tarikh balik (awal) diuruskan atas permintaan dengan dikenakan bayaran tambahan seperti bayaran hotel, pengangkutan dan makanan mengikut caj semasa.
     

PENGECUALIAN SYARIKAT
 
Pihak syarikat tidak akan bertanggungjawab ke atas perkara-perkara ‘Force Majure’ seperti bencana alam, banjir, kebakaran, rusuhan, peperangan, ribut, gempa bumi atau apa-apa juga yang berlaku yang bukan dalam kawalan atau kuasa pihak syarikat.