Isikan Borang pendaftaran UTAS dengan lengkap dan fahamkan syarat-syarat serta peraturan yang dinyatakan.
Sertakan 4 keping gambar ukuran VISA ARAB SAUDI (seperti keterangan di bawah).
Pasport Malaysia / Antarabangsa yang masih sah dengan tempoh tarikh tamat 6 bulan dari tarikh bertolak.
Salinan Surat Nikah bagi yang sudah berkahwin, jika tiada, Surat Pengesahan dari Jabatan Agama Islam.
Salinan Surat Beranak bagi jemaah yang membawa anak bersama mengikuti pakej umrah.
Salinan Kad Pengenalan bagi yang memberi kebenaran / izin mahram.
Salinan surat kematian suami / bapa bagi yang terlibat.
Buku / Kad / Surat Pengesahan suntikan Anti Meningitis ACWY-135 yang perlu diambil.
Bayaran deposit tempahan RM500 seorang.
Semua bayaran DEPOSIT (semasa pendaftaran) dan BAYARAN PENUH (40 hari sebelum bertolak) bagi PAKEJ UMRAH / ZIARAH yang perlu dijelaskan hendaklah dimasukkan ke dalam akaun secara ONLINE atau BANK DERAF atas nama: UTAS TRAVEL & TOURS WORLDWIDE HOLIDAYS SDN BHD
NO AKAUN 5540 4450 4600 (MALAYAN BANKING BERHAD)
Untuk mendapatkan RESIT RASMI bayaran, sila hantar SLIP BANK yang ORIGINAL ke pejabat di mana pendaftaran dibuat sama ada melalui pos, fax dan pos atau serah sendiri di pejabat.